Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua kereta remuk bertembung, tiga terselamat di Batu Niah

Dua kereta remuk bertembung, tiga cedera

BATU NIAH, 24 Feb: Tiga individu termasuk seorang wanita cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta jenis Proton Saga dan Perodua Axia di Jalan Kebun Lama berhampiran Simpang Ngu di Batu Niah pada malam Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah, PBT II Rary Binjie berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada jam 8.00 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba terus menjalankan operasi untuk mengeluarkan pemandu lelaki yang masih berada dalam kereta Perodua Axia menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada pihak ambulans,”

“Bagaimanapun, pemandu dan penumpang di dalam Proton Saga berjaya keluar dari kenderaan mereka sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Katanya, pemandu kedua-kedua kereta mengalami kecederaan di anggota badan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Manakala wanita yang duduk di bahagian sebelah pemandu kerera Proton Saga hanya mengalami cedera ringan pada kaki dan terus dibawa ke hospital menggunakan kereta orang awam.

Seramai 11 orang anggota bomba termasuk enam pegawai bomba bantuan dari BPP Batu Niah terlibat dalam operasi tersebut.

Operasi tamat pada jam 8.34 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan