Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Baju Kobe Bryant dilelong RM1.1 juta. Foto: Sotheby's (Twitter)

Baju Kobe Bryant dilelong RM1.1 juta

ByBernama

ANKARA, 24 Feb: Seorang peminat bola keranjang pada Rabu membeli baju memanaskan badan bekas bintang NBA dan Los Angeles Lakers, Kobe Bryant dengan harga AS$277,200 (RM1,160,980) dalam satu lelongan.

“Baju Los Angeles Lakers Kobe Bryant dari permainan legenda 81 mata beliau pada tahun 2006 mencapai AS$277,200.

“Baju itu telah dibeli oleh David Kohler, seorang pemilik koleksi peribadi terbesar memorabilia Lakers iaitu Lakers Shrine dan Presiden SCP Auctions,” lapor Agensi Anadolu yang memetik hantaran rumah lelong terkenal UK, Sotheby’s, di Twitter.

Menurut Sotheby’s, Kohler juga mendapat NFT 81 mata “One-of-One” Kobe yang direka oleh Karvin Cheung.

Juara NBA lima kali Bryant telah mencipta sejarah apabila beliau menjaringkan 81 mata dalam perlawanan menentang Toronto Raptors pada 2006.

Prestasi itu kekal sebagai markah kedua terhebat dalam sesebuah perlawanan NBA, selepas Wilt Chamberlain mencatatkan 100 mata menentang New York Knicks pada 1962, menurut laporan itu.

Bryant, yang juga digelar ‘Black Mamba’ merupakan seorang pemain Lakers yang setia kerana dia menghabiskan seluruh kerjayanya dalam pasukan yang sama.

Pada usia 41 tahun, Bryant maut dalam sebuah nahas helikopter yang juga meragut nyawa anak perempuannya Gianna pada 26 Januari 2020. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-
ByNurul Amarlina-