Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ritual miring bantu cari warga emas hilang

SRI AMAN, 23 Feb: Sekumpulan penduduk di Kampung Semada Mawang di sini mengadakan upacara miring sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua, lelaki warga emas yang hilang di ladang sawit Masranti Jalan Serian-Sri Aman, semalam.

Upacara terbabit dilakukan di lokasi, Dong Min, 78, dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pencarian hari kedua diperluaskan dalam radius kira-kira dua kilometer (km) di sekitar kawasan ladang sawit.

“Operasi yang menggunakan anjing pengesan itu turut dibantu anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan seramai 30 orang penduduk kampung.

“Bagaimanapun, kita gagal mengesan keberadaan warga emas itu sehingga operasi ditangguhkan pada 5.30 petang,” katanya.

Ahad lalu mangsa dilaporkan  keluar rumah dan pergi ke ladang sawit untuk mandi di kawasan takungan air.

Menurut anggota keluarganya, lelaki tersebut keluar rumah dengan memakai seluar pendek berwarna biru, tuala putih tanpa mengenakan baju.

Operasi SAR bersambung hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan