Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Citrawarna Keluarga Malaysia 2022. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Citrawarna: Perketat SOP untuk pastikan keselamatan pengunjung – Nancy 

KUCHING, 23 Feb: Langkah tambahan dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ketat diadakan bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti sepanjang acara Citrawarna Keluarga Malaysia 2022.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata SOP bagi karnival empat hari itu yang bermula esok di Tebingan Kuching di sini, telah disusun rapi supaya pengunjung dapat bersiar-siar dengan tenang.

Beliau berkata untuk mengadakan acara besar pada masa ini, keutamaan pertama adalah keselamatan orang ramai.

“Kita tidak akan membahayakan keselamatan kesihatan awam, seperti ketika kita membuka sempadan untuk ketibaan antarabangsa atau pelancongan domestik atau acara yang menarik orang ramai. SOP perlu dibuat dahulu.

“Orang ramai perlu faham, kita berada dalam persekitaran virus COVID-19, masih ada selepas dua tahun dan mungkin menjejaskan kita untuk beberapa lama lagi. Kita juga perlu menyesuaikan minda kita kerana ia masih ada, kita perlu hidup dalam norma baharu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Karnival kali ini yang bertemakan ‘Temasya Kepelbagaian Budaya’ itu, diadakan kembali dan Kuching menjadi lokasi pertama dipilih selepas hampir empat tahun tidak diadakan.

Acara itu akan menyediakan pesta yang penuh warna-warni dengan pelbagai program dan aktiviti pelancongan, selain persembahan seni dan budaya Malaysia.

Nancy berkata antara SOP yang telah dirangka termasuk menambah bilangan kanopi daripada satu kepada tujuh dengan setiap satu dihadkan kepada 350 orang dan setiap pelawat hanya dibenarkan berada di mana-mana pameran selama sejam.

Beliau berkata mereka yang menghadiri mana-mana aktiviti juga mesti menunjukkan melalui MySejahtera atau kad fizikal mereka bahawa mereka telah menerima dos penggalak mereka dan kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan menghadiri atau mengambil bahagian.

“Sanitasi akan dijalankan sebelum dan selepas setiap program setiap hari. Kaunter untuk ujian RTK juga akan disediakan di hadapan setiap kanopi. Hanya makanan yang dibungkus akan dijual oleh penjual dan tidak akan dimakan di sana,” katanya.

Nancy turut menasihatkan mereka yang ingin mengunjungi karnival itu supaya sentiasa memakai pelitup muka, mematuhi penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan menjalankan ujian RTK mereka sendiri sebelum hadir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan