KOTA KINABALU, 22 Feb: Seorang wanita ditemui rentung selepas rumahnya terbakar di Kampung Tikolod lewat petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Desmond Micky berkata, mayat mangsa ditemui di bahagian ruang tamu selepas operasi pemadaman api dilakukan.
“Mangsa dikenali Norhabibah Awang, 30, dipercayai terperangkap, manakala sembilan ahli keluarga yang lain sempat menyelamatkan diri.
“Kami bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 12.15 tengah malam” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.
Katanya lagi, Sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kebakaran bagi tujuan operasi menyelamat.
“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kami mendapati rumah sudah hamper 90 peratus terbakar.
Ujarnya, operasi memadamkan segera dilakukan dengan menggunakan tangki jentera dan pili bomba berhampiran.
“Mangsa salah seorang daripada sepuluh mangsa kebakaran dan dipercayai terperangkap di bahagian ruang tamu rumah terbabit.
Menurutnya, mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk Tindakan lanjut. – TVS