Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis sahkan OKT mati mengejut dalam tahanan

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Johor Bharu semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata lelaki yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) berusia 49 tahun, sebelum ini ditahan dalam satu Operasi Pemutihan.

“Dia telah disiasat di bawah Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan sedang menunggu sebutan semula kesnya pada 10 April depan,” katanya dalam kenyataan.

Azri berkata OKT dihantar ke Hospital Sultan Ismail pada 16 Feb lepas kerana mengadu sesak nafas, sebelum didapati tidak sedarkan diri di lokap pada pukul 7 pagi semalam.

“Pihak koroner telah hadir dan mengesahkan kematian OKT dan mayatnya dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

“OKT dalam masa sama disahkan positif COVID-19, namun punca kematian masih belum diketahui selain bergantung pada analisa laporan dan ujian makmal patologi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan berhubung kes tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan