Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Takwim persekolahan 2023 yang dijadual bermula pada bulan Mac kekal selepas mengambil kira pelbagai faktor, menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Foto : BERNAMA

Isu beg berat, penggunaan ‘locker’ antara pilihan yang sedang diperinci – Radzi Jidin

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 21 Feb : Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat keputusan berhubung dengan isu beg sekolah berat yang menjadi perbualan hangat.

Namun, pihak kementerian sedang memperhalusi perkara tersebut dan mengenal pasti beberapa punca kepada isu tersebut.

“Beberapa perkara tersebut  sedang di bincangkan dan Kementerian Pendidikan sedang merangka pendekatan  secara menyeluruh untuk tangani isu yang lama berlarutan ini secepat mungkin.” kata Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi dalam majlis pelancaran Sekolahku SEJAHTERA.

Antara punca yang diberi perhatian adalah  jumlah mata pelajaran yang diajar terlalu banyak sehingga tujuh matapelajaran sehari atau buku teks tebal dan murid membawa buku tambahan.

“Kita sedang meneliti untuk melihat kadang-kadang kengkangan dalam konteks guru, hendak kurangkan mata pelajaran sehari tetapi ada kekurangan dalam kontek guru berdasarkan pilihan dan sebagainya”

“Ini kita teliti satu persatu, itu perkara pertama kita sedang lihat, kedua kadang-kadang anak-anak bawa buku dari luar, ada yang bawa sampai dua hingga tiga buku latihan”

Dr Radzi juga berkata penggunaan almari (locker) juga sedang diperincikan kementerian khususnya bagi persekolahan dua sesi.

Selain itu, KPM turut mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk membenarkan pelajar yang mempunyai waktu persekolahan agama pada sesi petang memakai pakaian sedia ada.-TVS

Tags: #bm, beg berat

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan