Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Helikopter terhempas di pantai Miami

ByYazid Ibrahim

WASHINGTON, 19 Feb : Agensi persekutuan masih menyiasat tragedi nahas sebuah helikopter dengan tiga penumpang di Lautan Atlantik, Florida pada Sabtu lalu.

Sebuah helikopter Robinson R44 telah terhempas ke dalam lautan berhampiran pantai Miami pada jam 1.20 tengah hari waktu tempatan, yang disahkan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Polis pantai Miami dan bomba telah bertindak dan bergegas ke tempat kejadian, mendapati dua penumpang telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua penumpang terbabit dilaporkan dalam keadaan stabil.

Agensi tersebut masih menyiasat punca nahasr tersebut dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, menunjukkan helikopter tersebut terhempas di kawasan yang sesak dengan perenang.-TVS

Tags: #bm, miami

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan