Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Data baharu mungkin membawa kepada kejayaan pencarian MH370

KUCHING, 21 Feb : Malaysia sedang berbincang dengan pihak berkuasa China dan Australia untuk memulakan misi pencarian baharu bagi penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu.

Dalam satu kenyataan yang dibuat dua hari lalu, Kementerian Pengangkutan Malaysia sedang berunding dengan biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengenai perkara itu selepas semakan dibuat ke atas dokumen kemungkinan penemuan baharu yang dibuat Richard Godfrey.

Jurutera aeroangkasa Britian Richard Godfrey memberitahu BBC pada Disember tahun lalu bahawa dia percaya MH370 mungkin telah terhempas 1,933 km dari barat Perth dan kini berada 4,000m di bawah air, di sepanjang garis yang dikenali sebagai ‘Broken Ridge’.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya ATSB Angus Mitchell berkata agensi itu telah meminta Geosains Australia menyemak data lepas dan mengesahkan semula jika ada sebarang penemuan dikesan dalam zon carian yang disyorkan oleh Godfrey.

“Semakan akan dimuktamadkan dalam beberapa minggu akan datang dan sebarang keputusan akan diterbitkan di laman web agensi itu.”

Pencarian serpihan MH370 bukan perkara yang mudah kepada sesetengah pakar kerana pencarian sebelum ini tidak dapat menentukan lokasi pesawat malang tersebut. Pencarian terakhir telah ditamatkan pada 2018.

Tragedi yang menyaksikan pesawat Malaysia Airlines MH370, membawa 239 orang, hilang dari radar pada 8 Mac 2014 sejurus selepas meninggalkan Kuala Lumpur ke Beijing dan ia masih menjadi persoalan kepada dunia sehingga kini.-TVS

Tags: #tvs, mh370

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan