Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Sarawak rekod satu kematian di Betong hari ini

ByYazid Ibrahim

Kredit gambar: kajomag.com

KUCHING, 21 Feb : Sarawak hari ini merekodkan satu kes kematian akibat COVID-19 melibatkan warga tempatan di Daerah Betong.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya melaporkan, kes kematian baharu itu melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun.

“Sementara itu sebanyak 292 kes baharu positif COVID-19 dalam kategori satu dan dua, manakala dua kes baharu kategori tiga, empat dan lima dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes hari ini adalah sebanyak 294 kes.

“Ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 256,671 kes,” kata JPBN dalam kenyataan.

Berdasarkan pecahan kes COVID-19 baharu mengikut daerah, Miri telah merekodkan kes baharu tertinggi sebanyak 78 kes, diikuti dengan Sibu (75 kes), Kuching (74 kes), Kanowit (14 kes) dan Sarikei (11 kes).

Walaubagaimanapun, 20 daerah lain tidak merekodkan sebarang kes baharu, selain tiada kluster baharu dikesan. – TVS

Tags: #bm, COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan