Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terma baharu jawatan Ketua Menteri diketahui bulan depan

Terma baharu jawatan Ketua Menteri diketahui bulan depan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 20 Feb: Pewartaan penukaran terma jawatan Ketua Menteri akan dilaksanakan pada Mac ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pewartaan tersebut akan diurus oleh kerajaan Sarawak di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Perwartaan tersebut akan dibuat dengan segera, mungkin dalam masa dua minggu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada Program ‘Let’s Talk With Wanita Pemadam’ di sini, hari ini.

Pada 15 Feb, Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokongnya.

Dalam perkembangan lain, Sharifah Hasidah turut menggesa agar orang ramai untuk sama-sama berusaha memerangi dadah berbahaya.

“Program berkaitan kesedaran penyalahgunaan dadah perlu dipertingkatkan lagi dalam usaha menangani gejala penagihan dan pengedaran dadah terutamanya di Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan