Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak negeri kedua tertinggi miliki badan sukan berdaftar

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 19 Feb : Sarawak merupakan negeri kedua yang mempunyai badan sukan paling banyak berdaftar dengan Pesuruhajaya Sukan setakat 31 Januari lepas.

Pesuruhajaya Sukan Malaysia , Ibrahim Mohd. Yusof berkata, ketika ini Sarawak merekodkan sebanyak 1,501 badan sukan yang berbuat demikian di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

Katanya, prestasi Sarawak dalam tata kelola badan sukan dilihat baik dan ini dapat dibuktikan menerusi kejayaannya melahirkan jaguh – jaguh sukan negara.

” Sarawak juga salah satu kuasa utama sukan di Malaysia dan pada masa hadapan, kita mahu lebih banyak badan sukan berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama persatuan – pasukan negeri di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Ibrahim berkata, Selangor ketika ini merupakan negeri tertinggi yang mempunyai badan sukan berdaftar iaitu mencecah 1,900.

Ibrahim berkata pendaftaran itu adalah keperluan di bawah Seksyen 15 Akta Pembangunan Sukan 1997 bagi mana-mana badan sukan yang mahu mengadakan aktiviti. – TVS

Tags: KBS, sukan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan