Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memburu di Hutan Meritam, Kampung Merasam , Limbang pada Isnin lepas ditemui selamat.
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memburu di Hutan Meritam, Kampung Merasam , Limbang pada Isnin lepas ditemui selamat.

Lelaki hilang lima hari di Hutan Meritam ditemui selamat

KUCHING, 19 Feb :  Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memburu di Hutan Meritam, Kampung Merasam , Limbang pada Isnin lepas ditemui selamat.

Penolong Penguasa Bomba, Clarence D. Primus Tiandan berkata, mangsa, Mohamad Saiful Harun, 40, berjaya keluar sendiri dari hutan pada pukul 7.50 pagi tadi.

“ Mangsa dilaporkan sihat cuma kelihatan lemah sahaja.

Sehubungan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada pukul 9 pagi tadi,” katanya menerusi kenyataan media.

Operasi SAR turut melibatkan pihak polis, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan