Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Laksana gaji minimum RM1,500 secara holistik – PM Ismail Sabri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Kerajaan sedang melaksanakan sesi libat urus dengan majikan berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi membolehkan ia dilaksanakan secara holistik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata bagi tujuan itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengadakan perbincangan dengan persatuan terlibat termasuk bersama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan majikan.

“Kita sedang buat engagement dengan semua majikan untuk gaji minimum ini, sebab ada syarikat yang mampu, ada syarikat terlalu kecil, tidak mampu. Kita takut kalau dia tak mampu nanti dia akan hentikan pekerja dia… nanti angka pengangguran bertambah.

“Kita tidak lindungi majikan, kepentingan kita adalah pekerja…kalau pekerja dapat dinaikkan gaji minimum kepada RM1,500 memang itu yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia dan Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 di sini hari ini.

Beliau berkata KSM akan membentangkan hasil perbincangan dengan persatuan dan majikan kepada Kabinet sebelum ia diluluskan.

Perdana Menteri berkata kerajaan prihatin tentang kos sara hidup hari ini, namun pada masa sama tidak mahu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta PKS mikro menghadapi kesukaran berhubung pelaksanaan gaji minimum itu.

“Tujuan kita untuk membantu pekerja, tapi akhirnya mereka dibuang kerja kerana majikan tak mampu nak bayar gaji mereka.. jadi kita akan tengok pertimbangan keseluruhan, kepentingan pekerja dan dalam masa sama kita nak dengar pandangan daripada majikan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan