Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua terselamat, kereta terbabas dalam bulatan terbakar 80 peratus
Dua terselamat, kereta terbabas dalam bulatan terbakar 80 peratus

Dua terselamat, kereta terbabas dalam bulatan sebelum terbakar

SIBU, 19 Feb: Seorang lelaki dan wanita nyaris maut apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbakar dalam kejadian di Bulatan Bahagia, Jalan Teku Kampung Bahagia ,dekat sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Sungai Merah, Penguasa Bomba Abdul Mutalif Ja’afar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang tentang kejadian itu pada pukul 11.37 malam tadi.

Katanya, setibanya di lokasi , pihaknya mendapati kereta jenis Hyundai Elantra sedang marak terbakar di tengah bulatan tersebut.

Anggota bomba memadamkan kebakaran dengaan sepenuhnya sehingga api berjaya dikawal dalam tempoh beberapa minit. Kredit: TVS

” Kebakaran telah menyebabkan kereta itu terbakar 80 peratus.

“Pihak bomba difahamkan mangsa sempat diselamatkan oleh orang awam dan mereka telah dibawa ke Hospital Sibu menggunakan ambulans yang kebetulan melalui kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Difahamkan, pemandu kereta yang merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun mengalami kecederaan ringan dan masih menerima rawatan Hospital Sibu manakala penumpang wanita hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. -TVS

Tags: terbakar

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan