Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
unimas
unimas

Penyelidik UNIMAS main peranan besar kawal COVID-19 di Sarawak

Kredit gambar UNIMAS

KOTA SAMARAHAN, 18 Feb: Para penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah memainkan peranan besar membantu kerajaan Sarawak dalam usaha mengawal penularan COVID-19, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam.

Katanya sejak Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak ditubuhkan tahun lepas dengan kos RM190 juta hasil kerjasama UNIMAS dan beberapa agensi kerajaan berkaitan, para penyelidik universiti itu telah membuktikan kepakaran mereka dalam menangani pandemik itu.

“Penubuhan pusat penyelidikan penyakit berjangkit ini, terutamanya berkaitan penularan wabak COVID-19, membuktikan kepercayaan tinggi kerajaan negeri terhadap para penyelidik UNIMAS,” katanya semasa berucap di Sidang Keempat Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-25 di sini semalam.

Menurutnya sumbangan dalam bidang saintifik seperti penemuan-penemuan baharu varian COVID-19 dan juga melalui penulisan ilmiah daripada pensyarah-pensyarah UNIMAS ini menjadi kebanggaan dan dihargai kerajaan negeri. 

“Penyelidik-penyelidik UNIMAS telah menggembleng tenaga dan keringat tanpa mengira masa dalam membantu negara berperang dengan virus COVID-19,” katanya. 

Sementara itu Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Mohamad Kadim Suaidi yang turut berucap dalam majlis itu berkata universiti itu telah berjaya menempatkan kedudukannya dalam kalangan 401 universiti terbaik dunia berdasarkan Times Higher Education Young University Rankings baru-baru ini.

Katanya UNIMAS telah menubuhkan sebuah Pusat Sains Data, dan kini dalam proses menubuhkan Institut Penyelidikan dan Inovasi Pelancongan (ITRI).

“Pihak universiti telah melancarkan Vice Chancellor’s High Impact Research Fund bagi menyokong kegiatan penyelidikan berimpak tinggi yang dijajarkan dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS) kerajaan Sarawak,” tambahnya. – TVS

Tags: unimas

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan