Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Leka main telefon bimbit sehingga jatuh lubang

ByNurul Amarlina

ISTANBUL, 18 Feb : Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki terjatuh ke dalam lubang kerana terlalu asyik membelek telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, lelaki itu bernasib baik kerana ‘diselamatkan’ oleh timbunan kotak dalam lubang berkenaan, lapor Reuters.

Video berdurasi 56 saat yang dirakam pada Isnin menunjukkan lelaki itu berjalan masuk ke sebuah pusat membeli-belah di pusat bandar sambil bermain dengan telefon bimbitnya, manakala seorang lagi pekerja sedang menjatuhkan bungkusan kotak ke dalam satu lubang.

Pekerja itu terkejut apabila lelaki itu tergelincir ke dalam lubang.

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu ‘mendarat’ di atas himpunan kotak namun tidak mengalami sebarang kecederaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan