Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ebanyak 62,809 atau 1.7 peratus populasi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam.
KANGAR, 9 Feb -- Ibu bapa dilihat menemani anak mereka untuk menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) ketika tinjauan di PPV Offsite Klinik Annura di Masjid Syed Alwi hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAKCIPTA TERPELIHARA

Lebih 340,000 kanak – kanak di Malaysia terima dos pertama vaksin COVID-19

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Feb : Sebanyak 341,960 atau 9.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 13,728,147 atau 58.3 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19, seramai 22,941,779 individu atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi, manakala 23,218,655 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,797,767 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,880,352 atau 92.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 173,669 dos vaksin diberikan meliputi dos pertama sebanyak 54,398 termasuk 51,556 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, 1,544 dos kedua dan 117,727 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah PICK meningkat kepada 65,702,191 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 39 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Selangor melaporkan 16 kes, Sabah (14 kes) manakala Kelantan, Pahang serta Perak (masing-masing dua kes) dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Melaka dan Kedah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan