Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Douglas Uggah Embas , UNIMAS
Douglas Uggah Embas , UNIMAS

UNIMAS nadi pembangunan modal insan berkualiti di Sarawak 

KUCHING, 17 Feb : Kerajaan negeri dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan terus mengukuhkan kerjasama bagi memastikan visi menjadikan Sarawak sebagai negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030 tercapai.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, hubungan yang sedia terjalin membabitkan kedua-dua pihak ketika ini boleh diibaratkan seperti bagai isi dengan kuku yang memanfaatkan rakyat negeri ini.

Ujar beliau, Kerajaan Sarawak juga mahu melihat UNIMAS menjadi sebuah insititut pendidikan yang bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan negeri terutamanya membabitkan aspek pembangunan dan penyediaan modal insan berkualiti untuk kemajuan Sarawak.

“Sebagai nadi ilmu di Bumi Kenyalang, saya berharap UNIMAS terus komited dalam membangunkan modal insan yang beretika, berkemahiran dan bertanggungjawab.

“Di samping itu, saya juga menaruh harapan yang tinggi kepada ahli-ahli akademik UNIMAS agar dapat mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan yang memberi impak kepada kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak ke-25 di DeTAR PUTRA UNIMAS hari ini.

Menurut Douglas Uggah, sebelum ini pelbagai usaha dan pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan UNIMAS penubuhan Sarawak Infectious Disease Center pada tahun lepas. 

Penubuhan pusat penyelidikan penyakit berjangkit itu telah memainkan peranan berkesan terutamanya berkaitan kawalan penularan wabak COVID-19 sekaligus membuktikan kepercayaan tinggi Kerajaan Sarawak terhadap para penyelidik UNIMAS. 

Pusat yang bernilai RM190 juta itu juga akan memberi tumpuan kepada penghasilan ubat serta kaedah rawatan baharu yang boleh digunakan untuk mengawal penularan sebarang penyakit berjangkit pada masa akan datang.

Douglas Uggah pada masa sama, turut memuji usaha dan penglibatan UNIMAS dalam membantu masyarakat luar bandar untuk menikmati kemudahan asas yang belum dapat disalurkan oleh pihak kerajaan. 

“Antaranya, Projek Mikro Hidro Elektrik di beberapa buah kampung di pedalaman Sarawak.  

Saya berharap, projek ini dapat diteruskan di kawasan-kawasan pedalaman yang lain, demi manfaat penduduk di kawasan luar bandar, sebelum projek elektrik dapat dihubungkan di kawasan tersebut,”ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan