Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 16 Feb -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) pada simbolik Pelancaran "Garis Panduan Pengurusan Projek Khas dan Tatacara Pengurusan Pusat Khidmat Wakil Rakyat" hari ini. Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar (kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Datuk Seri Prof Dr Sim Kui Hian. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pengurusan Pusat Khidmat Wakil Rakyat perlu ditambah baik

KUCHING, 16 Feb : Pengurusan Pusat Khidmat Wakil Rakyat perlu ditambah baik bagi memastikan setiap projek pembangunan di kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak mengalami kelewatan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini penting bagi memastikan tatacara pengurusan yang sistematik selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan dalam projek berkenaan.

“Untuk itu, perlu ada Pengurus Pusat Khidmat yang berkaliber dalam menguruskan kewangan agar pengurusan projek pembangunan yang bakal dilaksanakan tidak menghadapi masalah atau mengalami kelewatan.

“Kalau dapat diuruskan dengan baik, ia dapat memenuhi janji kepada rakyat. Rekod (kewangan) juga perlu diuruskan dengan baik agar selaras dengan audit Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Projek Khas untuk ADUN Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Hui Kian serta Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri Azmi Bujang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kanan) menyaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion (kiri) menyerahkan buku” Garis Panduan Pengurusan Projek Khas dan Tatacara Pengurusan Pusat Khidmat Wakil Rakyat” kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Gumbang mewakili ADUN Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Abang Johari berkata tahun ini, sejumlah RM242.5 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan Projek Khas bagi semua ADUN GPS.

Pada majlis itu, Abang Johari turut mengumumkan ADUN Satok Dato Ibrahim Baki dilantik sebagai Whip GPS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan