Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemandu teksi ‘viral’ ditahan 

BINTULU, 17 Feb : Pemandu teksi yang tular di Facebook kerana didakwa memandu secara berbahaya sejak bulan lalu di bandar ini akhirnya ditahan polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, suspek ditahan di Jalan Main Bazaar, Pasar Lama Bintulu oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Katanya, penangkapan itu berikutan pihak polis menerima pelbagai aduan daripada orang awam berhubung ‘cara pemanduannya’ yang didakwa berbahaya.

“Polis turut melakukan ujian air kencing terhadap lelaki itu namun keputusannya negatif,” katanya.

Antara gambar dan video kesalahan trafik yang dilakukan pemandu berusia 45 tahun itu termasuklah memandu secara lawan arus di laluan sehala Terminal Bas Bintulu, menggunakan lorong kecemasan, tidak berhenti ketika lampu isyarat merah dan memandu secara melulu.

Zulkifli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan