Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
direman, ditahan

Pejalan kaki maut dilanggar kereta, polis minta bantuan saksi

ByIsma Haziq

KUCHING, 17 Feb : Polis menahan seorang pemandu kereta bagi membantu siasatan kes kemalangan maut melibatkan pejalan kaki di Jalan Setia Raya, di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang keesokan harinya ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Katanya, suspek yang berusia 21 tahun itu ditahan kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

“Identiti si mati yang merupakan seorang lelaki belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

“Sehubungan itu, polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Azri Mohd. Azhar di talian 012-9059549,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan