Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah lokasi wanita ditemukan mati dengan leher terputus, dipercayai dibunuh anak tirinya di Kampung Dalam Senduk, Jerek, Gua Musang

Lelaki tetak ibu tiri hingga putus leher direman tujuh hari

ByBernama

KOTA BHARU, 17 Feb : Lelaki yang disyaki menetak ibu tirinya sehingga terputus leher dalam kejadian di Kampung Batu Machang, Jerek, di Gua Musang, petang semalam, direman tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu (23 Feb).

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata perintah reman terhadap suspek berusia 39 tahun itu dikeluarkan Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan Zaman Mohd Noor di Mahkamah Majistret Gua Musang, hari ini.

“Perintah reman terhadap suspek selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Semalam media melaporkan seorang wanita berusia 54 tahun maut selepas lehernya ditetak hingga putus oleh anak tirinya di rumah mereka.

Suspek kemudian hadir ke Balai Polis Bertam pada 4.45 petang dan memaklumkan telah membunuh ibu tirinya menggunakan parang.

Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah dan mengalami masalah mental. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan