Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: UiTM tangguh istiadat konvokesyen Mac ini

SHAH ALAM, 17 Feb : Universiti Teknologi MARA (UiTM) menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 universiti tersebut yang dijadual bermula pada 2 hingga 23 Mac depan.

UiTM dalam kenyataannya memaklumkan penangguhan istiadat konvokesyen yang melibatkan 27,287 graduan UiTM Cawangan Shah Alam, Cawangan Sarawak dan Cawangan Sabah itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bilangan 5/2022 semalam (16 Februari).

Istiadat konvokesyen tersebut dijangka akan dilaksanakan pada Jun hingga Julai tahun ini.

“Penangguhan ini juga berdasarkan perkembangan terkini peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Ia juga berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi, berikutan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 secara mendadak di seluruh negara yang amat membimbangkan pihak universiti. 

“Pihak pengurusan UiTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami para graduan dan ibu bapa. Pihak UiTM juga berasa kesal dengan situasi di luar kawalan ini dan amat menghargai kefahaman, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam hal ini,” menurut kenyataan itu.

Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk dalam laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau hubungi Aminah Aman: wa.me/+60355443110 atau Rozani Mohd Noh: wa.me/+60355443114. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan