Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bangkok bakal dikenali dengan nama ‘Krung Thep Maha Nakhon’

ByBernama

BANGKOK, 17 Feb : Bangkok, ibu negara Thailand bakal dikenali “Krung Thep Maha Nakhon”, menurut Pejabat Penaung Diraja (ORST).

Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan pertukaran berkenaan, tetapi penggunaan nama “Bangkok” masih diiktiraf.

“Nama rasmi baharu itu hanya berkuat kuasa selepas disemak oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab meneliti draf rang undang-undang serta dipantau Kementerian Luar,” menurut ORST.

Nama Bangkok telah digunakan secara rasmi sejak November 2001, diilhamkan dari wilayah Bangkok, yang kini merupakan sebahagian daripada kawasan metropolitan merangkumi Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai.

Krung Thep Maha Nakhon, atau “Krung Thep”, adalah singkatan kepada “Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathatsitiya”.

Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchda Dhanadirek menerusi hantaran di Facebook berkata, Thai Krung Thep Maha Nakhon akan digunakan sebagai nama rasmi manakala Bangkok masih diiktiraf, selepas pengumuman mengenai pertukaran nama itu mendapat kritikan ramai.

Sementara itu, jawatankuasa ORST yang terdiri pakar dari Kementerian Luar, telah mengemas kini ejaan negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu negara agar selaras dengan keadaan semasa.

Panel itu menyerahkan senarai berkenaan kepada Pejabat Perdana Menteri untuk diumumkan.

ORST turut mengemas kini ejaan rasmi untuk bandar-bandar lain termasuk Kuala Lumpur, Rom, Nay Pyi Taw dan Kathmandu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan