Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ayam segar dijual RM8.88 sekilo sempena Jualan Keluarga Malaysia di Simunjan, Sabtu ini

KUCHING, 17 Feb : Orang ramai berpeluang membeli barang keperluan dengan tawaran harga menarik sempena Program Jualan Keluarga Malaysia peringkat negeri di Dewan Mesra Simunjan pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak, antara barangan keperluan yang ditawarkan termasuklah ayam proses yang dijual pada harga RM8.88 sekilogram (kg) berbanding harga normal RM9.30.

Selain itu , harga bagi sepapan telur ayam gred B dijual RM12.30 berbanding harga normal RM12.90 manakala bagi telur ayam gred C, tawaran harga RM11.70 kepada orang ramai berbanding sebelum ini yang dijual pada kadar RM12.30 .

” Program ini bakal berlangsung dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri (LKIM) Sarawak dan CYK Trading Sdn Bhd. ,” jelas KPDNHEP negeri dalam satu kenyataan.

Jualan hari pertama bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4 petang, manakala bagi hari kedua bermula 8 pagi sehingga 12 tengahari sahaja.

Sementara itu, pelbagai barangan keperluan dengan harga yang menarik dan berpatutan termasuk gula pasir, sos cili, kicap dan banyak lagi manakala barang pekakas rumah turut dijual seperti pasu bunga, kontena dengan harga yang berpatutan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan