Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Johnical Rayong Ngipa (PSB-Engkilili)

ADUN pembangkang sokong Kerajaan GPS dalam undian RUU Lembaga Industri Getah

KUCHING, 17 Feb : Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Sarawak mencuri perhatian apabila beliau menyatakan sokongan penuhnya kepada Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Industri Getah Sarawak 2022 yang dibentangkan semalam.

Dr Johnical Rayong Ngipa (PSB-Engkilili) berkata RUU yang dibentangkan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom itu mampu membuka jalan untuk mengangkat ekonomi rakyat luar bandar Sarawak.

“Walaupan saya sekarang dalam pembangkang, tidak semestinya saya membangkang apa yang baik untuk rakyat Sarawak kita,” katanya ketika membahaskan RUU itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini.

Rayong berkata sokongan beliau itu adalah tanda persahabatan yang dinikmatinya bersama-sama anggota Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama ini sebelum Parti Sarawak Bersatu (PSB) mengambil keputusan menjadi pembangkang dalam pilihan raya negeri lepas.

Selepas beliau mengakhiri ucapan perbahasannya, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dalam nada berseloroh berkata: “Yang Berhormat Engkilili, anda ahli DUN yang menarik”.

Rundi semasa penggulungannya turut menyatakan penghargaan kepada sokongan Rayong dengan menyatakan: “Bagi rakan saya di Engkilili (Rayong), saya sanjung persahabatan kita, Ini untuk anda… tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula persahabatan lama”.

RUU berkenaan diluluskan sebulat suara setelah dibahaskan oleh 13 ADUN sebelum Mohamad Asfia menangguhkan sidang DUN Sarawak itu kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Persidangan sepanjang tiga hari bermula Isnin lepas itu menyaksikan lima RUU diluluskan dan ini termasuk RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’.

RUU lain melibatkan RUU Tafsiran (Pindaan) 2022, Perbekalan Tambahan (2021) 2022, Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah 2022 dan Lembaga Industri Getah 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan