Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Words AIDS and HIV on red background, space for text

Wanita pertama sembuh daripada HIV selepas pemindahan sel tunjang

CHICAGO, 16 Feb. : Seorang pesakit dari Amerika Syarikat (AS) yang menghidap leukemia telah menjadi wanita pertama dan orang ketiga yang berjaya sembuh daripada HIV selepas menjalani pemindahan sel tunjang (stem cell) daripada seorang penderma yang secara semula jadi memiliki daya tahan terhadap virus yang menyebabkan AIDS, lapor penyelidik pada Selasa.

Kes wanita pertengahan umur itu, yang dibentangkan di Persidangan Retrovirus dan Jangkitan Opportunistik di Denver, Illinois, juga merupakan kes pertama yang melibatkan darah tali pusat, iaitu satu pendekatan baharu yang mungkin mampu merawat lebih ramai pesakit HIV.

Sejak wanita itu menerima darah tali pusat untuk merawat leukemia myeloid, atau kanser yang bermula dalam sel pembentuk darah dalam sumsum tulang, dia telah mengalami remisi dan bebas daripada HIV selama 14 bulan, tanpa memerlukan rawatan HIV kuat yang dikenali sebagai terapi antiretroviral.

Sebelum ini, dua orang lelaki telah sembuh daripada HIV menerusi penerimaan sel tunjang dewasa, iaitu lebih kerap digunakan dalam pemindahan sumsum tulang.

“Ini adalah laporan ketiga mengenai penyembuhan dalam situasi yang sama, dan kali pertama bagi seorang wanita yang hidup dengan HIV,” Sharon Lewin, selaku presiden terpilih Persatuan Antarabangsa AIDS, menegaskan dalam satu kenyataan.

Kes itu merupakan sebahagian daripada kajian lebih besar, yang disokong oleh AS dan diketuai Dr Yvonne Bryson dari University of California di Los Angeles serta Dr Deborah Persaud dari Universiti Johns Hopkins di Baltimore, ke atas 25 pesakit HIV yang menjalani pemindahan sel tunjang yang diambil daripada darah tali pusat untuk rawatan kanser dan penyakit serius yang lain. – TVS

Tags: #bm, AIDS, HIV

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan