Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RUU Lembaga Perindustrian Getah dilulus sebulat suara

KUCHING 16 Feb: Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Perindustrian Getah yang berfungsi untuk mengawal selia dan menggiatkan semula industri getah di Sarawak telah diluluskan selepas dibahaskan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menurut Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah , Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, menerusi penubuhan lembaga berkenaan, penyaluran dana pembangunan dan pelaksanaan projek pembangunan getah akan lebih fokus, berkesan dan cekap.

“Peranan asas Lembaga Perindustrian Getah adalah untuk membantu kerajaan negeri dalam perancangannya bagi memastikan daya maju dan kemampanan industri getah pada masa depan.

“Memandangkan industri ini didominasi oleh subsektor pekebun kecil, pertumbuhan dan daya hidup komoditi ini adalah amat penting kepada kerajaan negeri,” katanya ketika membentangkan RUU berkenaan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Stephen Rundi berkata, ketika ini Lembaga Getah Malaysia (LGM) memainkan peranan utama dalam penyelidikan dan penyelidikan (R&D) getah manakala di sektor huluan, Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB), Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) masing-masing terlibat dalam program pembangunan baharu (penanaman baharu) dan penanaman semula untuk subsektor kecil.

“Dengan RUU baharu ini dan penubuhan Lembaga Industri Getah Sarawak yang mempunyai fungsi menasihat dan menjadi perunding akan terus menggalakkan dan membangunkan industri hiliran berasaskan getah.

 Ini seterusnya akan menjana bukan sahaja pendapatan kepada negeri tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia,” jelasnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan