Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Op SAR mangsa kapal karam dihentikan

TANJUNG MANIS, 16 Feb: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) juragan kapal yang masih hilang di Sungai Serdeng ditamatkan hari ini.

Pencarian yang memasuki hari ketujuh itu turut menggunakan khidmat Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Empat namun gagal menemui keberadaan mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis, Wan Umar Wan Alek berkata, pasukan PPDA membuat penyelaman sebanyak dua kali di lokasi kejadian tetapi tidak menemui mangsa di dalam kapal tersebut.

“Pada masa yang sama, kita juga meneruskan pencarian sejauh tujuh kilometer dari hulu hingga ke hilir sungai.

“Akhirnya, selepas membuat perbincangan dengan pihak Polis, agensi penyelamat yang lain dan keluarga mangsa maka  operasi SAR Teluk Gelam telah ditamatkan sepenuhnya pada jam 3 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika kejadian, seorang mangsa terselamat manakala dua lagi dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, pasukan SAR telah menjumpai mayat mangsa pertama sebaik operasi memasuki hari kedua.

Namun, juragan kapal yang berusia 52 tahun gagal ditemui sehingga operasi ditamatkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan