Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Jangan buat andaian, ini melibatkan hidup orang’

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 16 Feb : Tular di media sosial mengenai seorang jururawat menyuntik ‘angin’ kepada anak Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Namun dalam video berdurasi empat minit di media sosial Kementerian Kesihatan jururawat tersebut telah menyangkal dakwaan terhadap berita tular agar tidak membuat spekulasi berkaitan perkara tersebut.

Beliau juga berharap supaya netizen tidak membuat andaian dan jangan menuduh sebarangan kerana telah melibatkan kehidupan orang lain.

“Mintak tolong, tolong, tolong, jangan buat andaian dan menuduh kerana ini melibatkan kehidupan orang,” katanya dalam video berdurasi empat minit itu.

“Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai jururawat dan memberi keselesaan kepada kanak-kanak supaya kanak-kanak tidak rasa takut untuk dicucuk vaksin,”

Katanya lagi, jika tidak mau dicucuk vaksin, jangan membuat andaian dan menuduh orang seperti itu,”

Sementara itu, bapa kepada Raif, Khairy Jamaluddin dalam laman twitternya juga telah memuji tindakan jururawat tersebut kerana sangat profesional dan baik dalam membantu anak-anaknya divaksin.-TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan