pitch-it
pitch-it

Ingin lihat kandungan kreatif anda ditayangkan di TVS? Kongsikan idea terbaik di Pitch-It 2022

ByNurul Amarlina

KUCHING, 16 Feb: TVS menjemput bakat-bakat tempatan untuk berkongsi idea kreatif dan menghiburkan melalui Pitch-It Siri 1/2022.

Sambutan luar biasa daripada pemain industri kreatif dalam sesi Pitch-It yang lepas telah mendorong TVS untuk sekali lagi menganjurkan sesi Pitch-It pada tahun ini yang telah bermula semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Suhaimi Sulaiman berkata ini adalah peluang yang baik bagi bakat tempatan untuk berkongsi kisah mereka yang tidak diceritakan dalam cara yang kreatif.

“Pitch-It bukan sahaja menyediakan platform tempatan pada peringkat kebangsaan, malah juga mencungkil idea-idea kreatif dan pendekatan baharu dalam penceritaan, terutamanya kandungan hiperlokal.

“Kami juga mahu menyokong produksi berkualiti tinggi yang boleh diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

Kategori yang disenaraikan dalam Pitch-It adalah dokumentari, majalah, program realiti, siri drama, telemovie dan filem pendek.

Untuk mengetahui lebih lanjut syarat-syarat penyertaan atau membuat permohonan, sila layari www.tvstv.my/pitchit.

Tarikh tutup permohonan ialah 20 Mac 2022 (Ahad).

Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi 019-8140122 atau emel talk2us@tvstv.my – TVS

Tags: pitch it, tvs

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan