Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

DUN Sarawak lulus Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan

KUCHING, 16 Feb : Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 untuk perbelanjaan tambahan sebanyak RM478,843,946 pada 2021.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan diluluskan selepas bacaan ketiga tanpa dibahaskan.

Uggah berkata, perbelanjaan tambahan itu adalah untuk menampung kos pelbagai perkhidmatan yang ditanggung oleh pelbagai kementerian dan jabatan yang mana dana tidak disediakan atau tidak mencukupi untuk anggaran 2021.

Antara kementerian dan jabatan yang terlibat ialah Jabatan Ketua Menteri, Kementerian Utiliti, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Jabatan Kerja Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Selain itu, rang undang-undang itu juga memohon kelulusan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 bagi peruntukan tambahan sebanyak RM81,608,762.

Terdahulu, DUN turut menyaksikan majlis angkat sumpah ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting yang tidak dapat menghadiri majlis berkenaan pada Isnin lalu kerana masih dikuarantin.-TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan