Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Beri peluang anak muda untuk mencorak Malaysia yang lebih stabil

KUALA LUMPUR, 15 Feb : Rakyat diseru untuk bangkit memperkasa dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia yang lebih stabil dan kukuh daripada aspek politik, ekonomi dan sosial. 

Belia #RasuahBusters bersama rakan gabungan dalam kenyataan bersama hari ini melihat bahawa golongan muda adalah akar yang akan membawa karakter yang lebih kompetitif, progresif, inovatif dengan semaian akhlak, nilai dan maruah yang tinggi bagi memacu transformasi negara.

Menurut kenyataan itu, landskap politik, ekonomi dan sosial negara mampu diperkasakan selaras kepantasan arus dunia dengan penglibatan langsung golongan muda melalui ideologi yang digarap daripada hasil-hasil kajian akademik, pembaharuan teknologi, kapasiti tenaga dan keupayaan mereka dalam membentuk inisiatif pembaharuan sosial yang komprehensif.

“Undi 18 yang meletakkan kuasa mengundi kepada golongan muda termasuk para pelajar wajar dijadikan peluang untuk menolak kepimpinan toksik dan rasuah daripada terus memusnahkan masa depan mereka. 

“Sebaliknya, golongan mudalah yang harus tampil sebagai barisan hadapan kepimpinan dalam proses pembikinan polisi serta penggubalan undang-undang dalam mengemudi pentadbiran untuk mencorak masa hadapan negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh 91 pertubuhan belia antaranya UNDI18, IKRAM Muda Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Pertubuhan Belia KerapatanGraduan Muda (KAGUM), University of Malaya Association of New Youth (UMANY), Malaysia Cyber Consumer Association (MCCA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Hindu Malaysia dan Eight Major Chinese Youth Organisation (EMCO).

Bagi mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) menjelang 2030, Belia #RasuahBusters bersama rakan gabungan berpendapat golongan muda juga harus berani untuk tampil dalam proses advokasi hak-hak bagi menjamin kualiti pendidikan, kesihatan, alam sekitar serta jaminan peluang pekerjaan bagi kemampanan ekonomi dan sosial.

Menurut kenyataan itu, pensejajaran misi secara berterusan bersama golongan muda bakal menentukan hala tuju kemajuan yang selari dengan kebangkitan #NilaiMoralKarakterBangsa agar negara ini bebas daripada kemelut ketidakstabilan politik dan isu rasuah.

“Sebagai aset penting negara, komitmen bersepadu golongan muda adalah sinar harapan lahirnya negara yang progresif, telus dan jujur. Tindakan hari ini adalah penentu selamat atau sengsaranya rakyat. 

“Mulakan dengan memilih pemimpin yang tidak rasuah. Jangan biarkan perasuah merampas masa depan anak muda Malaysia,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan