Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19 Tiada kematian baharu di Sarawak
COVID-19 Tiada kematian baharu di Sarawak

Sarawak adalah wilayah, statusnya berbeza

KUCHING, 15 Feb: Cadangan pindaan untuk menukar istilah ‘Premier’ untuk jawatan Ketua Menteri adalah untuk menggambarkan status Sarawak yang berbeza daripada negeri-negeri lain di dalam Malaysia.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, ia juga selaras dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak Sarawak dan Sabah yang berkuat kuasa pada 11 Feb.

“Pindaan Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini mengembalikan apa yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963, iaitu apabila Sarawak bersetuju untuk menjadi sebahagian dalam pembentukan Malaysia, status Sarawak adalah dikekalkan sebagai satu daripada tiga wilayah (Persekutuan Malaya, Sabah dan Sarawak) yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

“Ini meletakkan Sarawak sebagai salah satu daripada tiga wilayah dan dianggap tidak mempunyai status yang sama dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (pindaan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Selain itu, katanya, perkara 7A Perlembagaan Negeri ketika ini memperuntukkan pelantikan ‘Menteri Muda’ adalah untuk membantu Ketua Menteri serta menteri menjalankan tugas mereka.

Jelasnya, berdasarkan tanggungjawab yang dipegang, maka ia adalah perlu untuk kedudukan mereka diistilahkan dengan betul, iaitu daripada ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri’.

“Oleh itu, adalah dicadangkan pelantikan ‘Menteri Muda’ ditukar istilahnya sebagai ‘Timbalan Menteri’ untuk lebih mencerminkan fungsi dan tanggungjawab mereka,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa apabila takrifan ‘Persekutuan’ dalam Perlembagaan Persekutuan telah dipinda, maka takrifan ‘Persekutuan’ dalam Perlembagaan Negeri juga perlu dipinda. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan