Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

DUN Sarawak lulus RUU Tafsiran (Pindaan) 2022

ByOdleen Catherny

KUCHING, 15 Feb: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tafsiran (Pindaan) 2022 secara sebulat suara selepas dibahaskan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menerusi RUU berkenaan, kanak-kanak hasil perkahwinan campur boleh dianggap sebagai pribumi walaupun hanya salah seorang ibu bapa adalah pribumi.

Malah, RUU berkenaan yang dibentangkan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali turut disifatkan sebagai tepat pada masanya.

“Ini tepat pada masanya. Pindaan ini turut mengambil kira status ibu sebagai orang Sarawak dan bukan hanya bapa individu berkenaan seperti yang sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membentangkan RUU Tafsiran (Pindaan) 2022 pada persidangan DUN di sini.

Katanya lagi, pindaan berkenaan yang akan digazetkan serta merta akan menukar definisi pribumi asli Sarawak yang tidak lagi tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata pindaan itu dilakukan secara asasnya bagi menambah 12 kaum tambahan dalam jadual Ordinan Tafsiran dan akan memberikan kesan kepada kepada pindaan baru-baru ini pada Klausa (6)(a) Artikel 161A Perlembagaan Persekutuan mengenai kaum pribumi Sarawak.

Senarai 12 tambahan kaum termasuk dalam cadangan pindaan adalah Bagatan, Bakong, Bemali, Berawan, Dali, Lakiput, Jatti Miriek, Narom, Sa’ban, Tatau, Tring dan Vaie. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found