Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
IPOH, 7 Dis -- Bekas Exco Perak yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mendengar keputusan pertuduhan yang dihadapinya iaitu merogol pembantu rumah warga Indonesia. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
IPOH, 7 Dis -- Bekas Exco Perak yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mendengar keputusan pertuduhan yang dihadapinya iaitu merogol pembantu rumah warga Indonesia. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Paul Yong, isteri kontak rapat kes COVID-19, bicara ditangguh

ByBernama

IPOH, 15 Feb : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lepas setelah Yong dan isterinya menjadi kontak rapat kes positif COVID-19.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menetapkan 16, 30 dan 31 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan selepas mendengar permohonan peguam Datuk Rajpal Singh dan tiada bantahan daripada pihak pendakwaan.

Rajpal berkata Yong yang juga saksi pembelaan utama dan isterinya Too Choon Looi iaitu saksi pembelaan kedua memaklumkan mereka menjadi kontak rapat adik perempuan isteri Yong yang disahkan positif COVID-19 pada 12 Feb selepas melakukan ujian PCR dan perlu menjalani kuarantin kendiri.

“Aplikasi MySejahtera (status) kedua-duanya telah bertukar sebagai kontak rapat dan berubah menjadi warna oren. Kami terpaksa memohon penangguhan kerana saksi pembelaan utama iaitu tertuduh (Yong) sendiri tidak dapat hadir ke mahkamah pada hari ini dan esok,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi bersama Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin, manakala Yong diwakili Rajpal dan Salim Bashir.

Sementara itu, Azlina berkata tiada bantahan daripada pihak pendakwaan kerana ia merupakan alasan yang sah berikutan COVID-19 adalah sangat berbahaya.

Rajpal turut memaklumkan penyataan saksi kedua-dua suami isteri itu telah diserah kepada pihak pendakwaan  sejak 31 Jan lepas.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Rajpal berkata Yong yang sudah mendapatkan dos penggalak, perlu menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sehingga esok.

Yong, 52, didakwa merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, antara 8.15 malam hingga 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

 Yong yang didakwa di Mahkamah Sesyen pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, sepatutnya membela diri hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan