Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pengadil meninggal dunia di kajang
pengadil meninggal dunia di kajang

Lelaki meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak 

KUALA LUMPUR, 15 Feb : Seorang lelaki tempatan meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak di Taman Berjaya, Kajang, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang , Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung lelaki berumur 50-an itu, yang tidak sedarkan diri pada 4.17 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang merupakan pengadil perlawanan, rebah di tengah padang ketika perlawanan telah berlangsung dalam tempoh 19 minit.

“Pihak ambulans yang tiba terus menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa dan telah mengesahkan kematiannya. Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Zaid berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan