Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kanak – kanak lelaki tiga tahun antara PATI ditahan ATM di Lubok Antu

LUBOK ANTU, 15 Feb : Dua kanak – kanak masing – masing lelaki dan perempuan berusia tiga dan lima tahun merupakan antara pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang berjaya ditahan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melaksanakan Op Benteng pagi tadi.

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya, Markas Satu Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Kem Muara Tuang, dalam operasi pada pukul 4.17 pagi tadi di di kawasan Sanitary Landfill Site, sektor Pos Gabma Lubok Antu, turut ditahan tiga tekong dan dua lagi PATI dewasa.

Penahanan itu dilakukan menerusi penugasan serkap yang telah mengesan sebuan kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan sedang memasuki kawasan terletak kira – kira sejauh 3.8 kilometer (km) sempadan Malaysia dengan Indonesia.

” Pasukan telah menahan kenderaan itu dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga warga tempatan yang mana menjadi tekong bersama empat individu warganegara Indonesia termasuk dua kanak-kanak,” jelas kenyataan itu.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada barang terlarang ditemui namun pihak berkuasa telah merampas kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk menyeludup masuk sempadan bersama lima buah telefon bimbit yang dianggarkan sebanyak RM98,350.

Kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak polis. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan