Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DATIN SERI ROSMAH MANSOR
Datin Seri Rosmah Mansor yang dijadual mengetahui keputusan kes rasuahnya membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion esok. --foto Bernama

Bicara kes rasuah projek solar Rosmah ditangguh, peguam positif COVID-19

KUALA LUMPUR, 15 Feb : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan rasuah yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak selepas peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader disahkan positif COVID-19.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa, bukan Akberdin sahaja yang dijangkiti COVID-19, malah dua lagi anggota pasukan pembelaan iaitu Datuk Jagjit Singh dan Azrul Zulkifli Stork merupakan kontak rapat dengan Akberdin dan mereka perlu dikuarantin.

Hakim Mohamed Zaini memaklumkan bahawa mahkamah juga telah menerima surat daripada firma guaman Jagjit menyatakan Akberdin dijangkiti COVID-19.

“Saya difahamkan beliau (Akberdin) telah didiagnosis pada 12 Feb. Malang mendengar perkhabaran itu. Saya doakan beliau sihat,” katanya.

Hakim Mohamed Zaini kemudiannya menangguhkan prosiding hari ini dan perbicaraan akan disambung semula pada 23 Feb.

Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk hari terakhir perbicaraan pembelaan dengan bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod juga sepatutnya disoal balas oleh pihak pendakwaan.

Sementara itu, Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa permohonan telah difailkan untuk saksi utama dalam kes itu, bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Pada 18 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi.

Suapan itu didakwa diterima melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Sistem Hibrid Solar Photovoltaic (PV) Bersepadu serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan