Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aerodyne, Petrosar bekerjasama teroka pasaran di Sarawak, Borneo

KUALA LUMPUR, 15 Feb : Aerodyne Group dan Akademi Petrosar bekerjasama untuk menyediakan teknologi dron yang canggih, teknologi data, dan penyelesaian transformasi digital (DT3) di pasaran Sarawak dan Borneo.

Petrosar adalah pusat latihan vokasional, teknikal dan kejuruteraan (TVET) yang bertauliah, berfungsi untuk menyokong perkembangan pelbagai industri tempatan.

“Dengan kehadiran serta pengaruh kuat Petrosar di Sarawak dan pasaran serantau, serta kepakaran Aerodyne dalam penyelesaian masalah berkaitan teknologi dron dan pengurusan data, kerjasama ini bakal mendorong pembangunan di samping memajukan lagi keseluruhan industri teknologi di Sarawak dan Borneo.

“Kerjasama ini bertujuan untuk menyediakan penyelesaian bertaraf dunia kepada sektor swasta dan awam supaya mencapai hasil perniagaan berprestasi tinggi,” menurut kedua-dua syarikat itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Petrosar dan Aerodyne berkata mereka bakal mengubah lanskap perindustrian negeri Sarawak dengan menggunakan kepakaran mereka dalam perkhidmatan kejuruteraan minyak dan gas, pemeriksaan dan pengurusan aset infrastruktur yang kritikal, peninjauan sekuriti dan aerial, penghantaran secara dron berteknologi tinggi dan perkhidmatan lain termasuk latihan dan pembangunan modal insan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aerodyne Kamarul Muhamed berkata Aerodyne akan bekerjasama dengan Petrosar dan syarikat-syarikat gabungannya yang lain untuk merevolusikan serta mendigitalkan perniagaan di Sarawak dan pasaran Borneo, sambil menyediakan solusi teknikal yang canggih kepada perusahaan yang terlibat.

“Ini turut membuka ruang kepada pihak berkepentingan tempatan untuk menambah baik proses perusahaan mereka dan mencapat matlamat mereka. Pada masa yang sama kedua-dua pihak juga sangat teruja untuk mencipta pelbagai peluang pekerjaan baharu di Sarawak, yang bakal membawa status Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi,” katanya.

CEO Petrosar Azfar Safri berkata kerjasama strategik ini merupakan satu penanda aras bagi syarikat itu di Sarawak.

“Matlamat kami tidak terbatas dengan sempadan geografi. Akademi Petrosar juga mempunyai rancangan strategik untuk menjadi pemangkin kepada industri analitik dron di seluruh Borneo, termasuk Kalimantan, Indonesia,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan