Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedutaan Malaysia di Manila kini dalam usaha membantu menyelesaikan isu 13 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino selepas sijil vaksinasi COVID-19 digital Malaysia tidak diiktiraf pihak berkuasa Filipina.
Kedutaan Malaysia di Manila kini dalam usaha membantu menyelesaikan isu 13 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino selepas sijil vaksinasi COVID-19 digital Malaysia tidak diiktiraf pihak berkuasa Filipina.

Wisma Putra usaha bantu 13 rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang Manila

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Feb : Kedutaan Malaysia di Manila kini dalam usaha membantu menyelesaikan isu 13 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino selepas sijil vaksinasi COVID-19 digital Malaysia tidak diiktiraf pihak berkuasa Filipina.

“Wisma Putra kini sedang berunding dengan agensi berkaitan bagi memudahkan proses. 

“Kerajaan Malaysia akan sentiasa melindungi hak ‘Keluarga Malaysia’,” menurut Twitter Wisma Putra.

Media Malaysia melaporkan 13 daripada 15 pelancong yang mengembara dari Kuala Lumpur ke Manila pada Ahad tidak dibenarkan masuk ke Filipina, berikutan sijil vaksinasi digital Malaysia ‘aplikasi MySejahtera’ tidak diterima sebagai bukti vaksinasi.

Pengembara berkenaan memaklumkan kepada media Malaysia bahawa pasport mereka turut dirampas dan akan dihantar pulang pada Selasa, selain terpaksa menunggu di lapangan terbang kerana tiada kemudahan hotel disediakan.

Duta Malaysia ke Filipina dilaporkan telah bertemu pengembara berkenaan dan mengemukakan rayuan timbal balik vaksinasi, namun belum menerima maklum balas daripada pihak berkuasa Filipina. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan