Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua wanita ditangkap terlibat judi dalam talian di Bau

BAU, 14 Feb : Dua wanita merupakan antara lima individu yang ditahan polis kerana terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Poge Nyaon berkata, tangkapan itu hasil serbuan yang dilakukan di beberapa premis di Jalan Jambusan dan Pekan Bau.

” Mereka ditahan menerusi Op Dadu yang dilancarkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bermula pukul 1.45 petang hingga 3.37 petang semalam,” katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 56 tahun itu bagaimanapun tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

“Antara barangan yang dirampas termasuklah empat buah telefon bimbit, sebuah mesin E-pay dan dua kertas slip E-Pay manakala kes disiasat mengikiut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. -TVS

Tags: #bm, ipdbau, judi

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan