Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dewan masyarakat terbakar jam 3 pagi

SARATOK, 14 Feb : Sebuah dewan masyarakat jenis separuh kekal di Kampung Nyabor terbakar awal pagi tadi.

Insiden berlaku kira-kira jam 3.30 pagi mengakibatkan bangunan dewan yang turut menempatkan sebuah tadika itu musnah 70 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, PPgB Muhd Shukur Jamaludin berkata, sembilan anggota dan pegawai bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.38 pagi.

“Kejadian disedari oleh salah seorang penduduk yang tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian selepas melihat api marak di bahagian bumbung bangunan berkenaan.

“Dia kemudiannya memaklumkan kejadian kepada penduduk kampung sebelum bertindak menghubungi Bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, Bomba melakukan pemadaman dengan menggunakan pam angkut yang menyalurkan sumber air terbuka dari Sungai Nyabor.

Pada masa yang sama katanya, teknik ‘Offensive Firefighting’ dan ‘Defensive’ turut digunakan untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke ruangan sekolah tabika yang terletak bersebelahan.

“Bomba dapat mengawal kebakaran terbabit pada jam 4.54 pagi dan operasi tamat sepenuhnya, 6.04 pagi.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,” ujarnya. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan