Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Miri mencatatkan kes tertinggi hari ini

KUCHING, 14 Feb : Hari ini bilangan kes COVID-19 di Sarawak berlaku sedikit peningkatan apabila jangkitan kes baharu yang direkodkan sebanyak 206 kes berbanding semalam 201 kes.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah tersebut menjadikan kes keseluruhan bagi Sarawak meningkat kepada 254,433 kes.

“Sebanyak 110 kes baharu yang tidak mengalami sebarang gejala, manakala 95 kes hanya gejala ringan sahaja, dan satu kes pula mengalami jangkitan paru-paru,”

Sementara itu, statistik bilangan kes mengikut pecahan daearh menyaksikan Miri merekodkan kes tertinggi sebanyak 66 kes positif COVID-19 diikuti dengan Kuching 64 kes, Sibu 36, Kapit 21 dan Meradong 6 kes, Bintulu 4 kes, manakala Samarahan dan Kanowit masing-masing merekodkan dua kes sahaja.

Sarikei, Serian, Sri Aman, Asajaya dan Beluru masing-masing merekodkan satu kes sahaja.

Jelas kenyataan itu lagi tiada kluster baharu dan kes kematian direkodkan di Sarawak hari ini. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan