Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelbagai faktor perlu diteliti sebelum membolehkan sektor pelancongan negara beroperasi sepenuhnya tanpa pelaksanaan gelembung pelancongan apabila Malaysia bersedia membuka pintu sempadan antarabangsa. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata penelitian dan persiapan termasuk mengadakan perbincangan bersama kementerian pelancongan negara lain sedang giat dilaksanakan dan ia adalah antara usaha berterusan kementeriannya.
KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri (kiri) ketika hadir pada Majlis Perasmian Bicara Negarawan Pemikiran dan Kepimpinan Tun Hussien Onn di Dewan Memorial Tun Hussein Onn hari ini. Turut serta Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Jaafar Sidek Abdul Rahman (kanan). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Buka sempadan : Melancong tanpa gelembung pelancongan perlu penelitian – Nancy Shukri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Feb : Pelbagai faktor perlu diteliti sebelum membolehkan sektor pelancongan negara beroperasi sepenuhnya tanpa pelaksanaan gelembung pelancongan apabila Malaysia bersedia membuka pintu sempadan antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata penelitian dan persiapan termasuk mengadakan perbincangan bersama kementerian pelancongan negara lain sedang giat dilaksanakan dan ia adalah antara usaha berterusan kementeriannya.

Jelasnya, walaupun kerajaan tidak berhasrat membuka sempadan negara pada 1 Mac seperti yang dicadangkan Majlis Permulihan Negara (MPN), namun Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) optimis percapaian Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik dan Antarabangsa Langkawi boleh dijadikan penanda aras bagi sektor itu.

“Berdasarkan pencapaian gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, MOTAC sudah mempunyai keyakinan untuk sempadan negara dibuka.

“Namun, perkara itu perlu diteliti secara lebih mendalam termasuk ada negara yang masih belum membenarkan rakyat mereka melancong dan ia harus diambil kira untuk membuka pelancongan secara meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Bicara Negarawan: Pemikiran dan Kepimpinan Tun Hussein Onn di Memorial Tun Hussein Onn, di sini hari ini.

Nancy berkata secara keseluruhan, dua projek gelembung pelancongan di Pulau Langkawi yang masing-masing bermula 16 Sept (domestik) dan 15 Nov (antarabangsa) tahun lepas itu mencatatkan lebih 720,000 pelancong tempatan dam asing dengan pendapatan pelancongan mencecah RM750 juta sehingga 31 Dis 2021.

Bagi Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi sehingga tempoh 9 Feb lepas, jumlah pelancong antarabangsa yang melancong ke pulau itu menjangkau 4,274 orang tanpa sebarang penularan kes direkodkan.

Pada 8 Feb lepas, MPN mencadangkan sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib, namun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan syor itu tidak dilaksanakan sebaliknya perlu melakukan penelitian terhadap beberapa perkara terlebih dahulu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan