Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasrat Sarawak United FC untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama Piala Sabah Maju Jaya 2022 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Kedah Darul Aman (KDA FC) di Stadium Likas, sebentar tadi.
Hasrat Sarawak United FC untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama Piala Sabah Maju Jaya 2022 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Kedah Darul Aman (KDA FC) di Stadium Likas, sebentar tadi.

Sarawak United buka kempen Piala Sabah Maju dengan langkah kiri

KOTA KINABALU, 13 Feb : Hasrat Sarawak United FC untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama Piala Sabah Maju Jaya 2022 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Kedah Darul Aman (KDA FC) di Stadium Likas, sebentar tadi.

Perlawanan tertangguh yang sepatutnya berlangsung semalam itu bermula pukul 4.15 petang tadi dengan kedua – dua pasukan menampilkan aksi berhati – hati di awal permainan.

Begitupun, penyerang pinjaman dari JDT, Syafiq Ahmad meletakkan KDA FC di hadapan menerusi jaringannya pada masa kecederaan babak pertama.

Skuad kendalian E.Elavarasan cuba bangkit pada separuh masa kedua menerusi beberapa percubaan menarik yang tercetus hasil serangan balas pantas namun ketumpulan Uche Agba dan rakan – rakan menyukarkan hasrat untuk menyamakan kedudukan.

Ketika perlawanan berbaki enam minit, Mohd Fayadh menjadikan kedudukan 2-0 buat Kedah sebelum pemain import, Dechi Marcel melengkapkan kemenangan bergaya 3-0 dengan jaringan pada minit – minit akhir.

Sementara itu, Elavarasan berkata, rata-rata pemain yang diturunkan pada perlawanan ini merupakan pemain muda yang belum pernah mendapat pendedahan seperti pasukan lawan.

“Walaupun kita mengalami kekalahan, kita nampak kekurangan yang perlu dibaiki kerana mereka masih baharu,” katanya kepada TVS selepas perlawanan.

Katanya, beberapa perubahan akan dilakukan dalam dua perlawanan berikutnya bertemu tuan rumah, Sabah FC dan Kelantan FC selepas ini bagi memastikan pasukannya mampu mara ke peringkat akhir kejohanan ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan