Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Radio masih sumber maklumat relevan – Mohammad Razi

ByIsma Haziq

KUCHING, 13 Feb : Sambutan Hari Radio Sedunia pada tahun ini yang bertemakan ‘Radio And Trust’ dilihat masih relevan dengan peranan radio dalam menyampaikan maklumat sahih.

Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Mohammad Razi Sitam berkata, berikutan kewujudan pelbagai saluran maklumat ketika ini, ia menjadi cabaran untuk mengenal pasti sama ada maklumat itu yang sahih atau sebaliknya.

“Sesuatu berita atau maklumat itu perlu ditapis untuk kepentingan masyarakat terutama pada era pandemik ini.

“Pada masa sama, rakyat perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih seperti radio,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri sambutan Hari Radio Sedunia peringkat negeri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak, Nasrul Hakim Md Noh.

Sementara itu, sempena sambutan berkenaan, RTM Sarawak turut melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat untuk golongan yang memerlukan seperti pengagihan kerusi roda. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan

No data was found