Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MOTAC bersedia bantu pemilik inap desa naik taraf penginapan - Nancy Shukri
MOTAC bersedia bantu pemilik inap desa naik taraf penginapan - Nancy Shukri

MOTAC sediakan RM30 juta bantu naik taraf inap desa dan promosi – Nancy

ByMadeline Dugat

KUCHING, 13 Feb : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk membantu usaha menaik taraf inap desa dan mempromosikan sektor ekopelancongan.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, pada masa sama, pengusaha inap desa perlu kreatif dalam mempromosi produk pelancongan masing – masing bagi menarik minat pelancong.

Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya , Dato’ Sri Nancy Shukri

“Aktiviti pelancongan banyak caranya, kata orang ‘mixed tourism’. Ada pelancong yang berminat untuk mengail, pergi hiking dan sebagainya.

Oleh itu menerusi kepelbagaian produk dan lokasi menarik di Malaysia, kita boleh mewujudkan aktiviti tertentu kerana pelancongan ini lebih kepada kreativiti di kalangan pemain industri itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menjadi tetamu rancangan Sejahtera Asia yang diterbitkan stesen televisyen ini semalam.

Tambahnya, MOTAC menyediakan pelbagai inisiatif untuk menaik taraf inap desa di seluruh negara namun pengusaha perlu berdaftar dengan kementerian itu bagi memudahkan penyaluran bantuan.

Kata Nancy, pada tahun lepas, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh tiga bulan kepada 3,500 pengusaha inap desa yang berdaftar dengan MOTAC.

” Bagi memulihkan serta mengembalikan daya saing industri pelancongan negara, MOTAC telah menggubal Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang merupakan agenda transformasi yang menumpukan kepada usaha-usaha meningkatkan pendapatan negara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan