ABU DHABI, 13 Feb : Chelsea muncul juara dunia kali pertama dalam Piala Kelab Dunia FIFA menerusi keputusan 2-1 menewaskan Palmeiras pada aksi yang berlangsung di Stadium Mohammed Bi Zayed, semalam.
Begitupun, juara Liga Perdana Inggeris sebanyak enam kali itu tidak diberikan laluan mudah apabila terpaksa bertarung hingga ke masa tambahan selepas keputusan terikat 1-1 , tamat aksi 90 minit.
Kai Havertz menampilkan ketenangan ketika menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke -117 sekaligus membawa kejuaraan kedua kepada pasukan itu sejak dibimbing Thomas Tuchel.
Keazaman skuad The Blues untuk menjulang piala terlihat sejak awal lagi apabila bintang antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku membuka jaringan menerusi tandukan cantik pada minit ke-55.
Begitupun, gergasi Amerika Selatan, Palmeiras tidak mudah mengaku kalah apabila memadam kelebihan itu menerusi sepakan penalti Raphael Veiga , 10 minit kemudian.
Bertambah malang, Palmeiras terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Luan dilayangkan kad merah selepas mengasari Havertz pada minit ke-126. -TVS